Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
New Boyz rai ulang tahun ke-25 di lokasi lebih besar
Diterbitkan:  Feb 28, 2024 8:26 PM
Dikemaskini: 12:26 PM

Bersempena sambutan ulang tahun ke-25 pembabitan New Boyz dalam industri, kumpulan itu bakal menganjurkan satu lagi konsert sebagai tanda penghargaan kepada semua peminat.

Vokalis kumpulan itu, Tomok berkata, konsert New Boyz 25th Anniversary itu merupakan hadiah buat peminat yang menjadi tulang belakang sepanjang 25 tahun karier New Boyz.

“Tak mampu saya nak simpan rahsia ini lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail itu, konsert kali ini hadir susulan kejayaan Konsert New Boyz Sejarah Mungkin Berulang pada 10 dan 11 Februari tahun lalu di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC).

Justeru, katanya New Boyz mendengar permintaan peminat. malah kali ini konsert mereka akan diadakan di lokasi yang lebih besar.

“Oleh kerana sambutan yang luar biasa pada konsert tahun lalu yang kami adakan selama dua hari, serta kegembiraan kami dengan semua reaksi positif tentang konsert tersebut, kami teruja untuk mengadakan konsert New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur, di lokasi yang berkapasiti lebih besar, iaitu di Plenary Hall KLCC,” katanya.

Penjualan tiket New Boyz 25th Anniversary Live In Kuala Lumpur akan bermula pada 4 Mac 2024 (Isnin), bermula jam 11 pagi di laman sesawang pengedar yang sah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS