Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mahkamah ketepikan perintah larangan ke atas penerbit Mentega Terbang
Diterbitkan:  Jan 29, 2024 1:12 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengketepikan perintah larangan atau ‘gag order’ yang dikeluarkan terhadap Tan Meng Kheng, penerbit filem “Mentega Terbang”.

Mahkamah pagi tadi mendengar permohonan semakan yang difailkan Tan berhubung perintah larangan yang dikeluarkan majistret pada 17 Jan.

Lawyers for Liberty (LFL), yang mewakili Tan, berkata selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah Tinggi memutuskan untuk mengketepikan perintah larangan itu.

LFL berkata keputusan itu dibuat bersarakan alasan penghakiman berikut:

“Responden gagal untuk memuaskan bahawa terdapat risiko sebenar dan besar terhadap keadilan perbicaraan. Prosiding di hadapan majistret tidak mendedahkan sebarang ancaman yang jelas atau akan berlaku terhadap perbicaraan.

“Tiada bukti untuk menunjukkan bahawa terdapat risiko sebenar dan besar terhadap perbicaraan.

“Oleh itu, perintah larangan yang dikeluarkan oleh majistret adalah tidak wajar dan perintah larangan itu dengan ini diketepikan.”

Perbicaraan dijalankan di hadapan hakim Mohd Jamil Hussin.

Mengikut pertuduhan, Tan dan pengarah “Mentega Terbang” Mohd Khairianwar Jailani didakwa sengaja berniat melukakan perasaan agama orang lain dengan melafazkan perkataan dalam pendengaran dan meletakkan objek dalam penglihatan orang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS