Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mentega Terbang didakwa, ruang makin sempit, kata MP
Diterbitkan:  Jan 16, 2024 1:25 PM
Dikemaskini: 5:26 AM

Anggota Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung menyifatkan ruang perbincangan semakin kecil susulan pendakwaan terhadap filem bertemakan perbandingan agama Mentega Terbang.

“Adakah kita kehilangan ruang dan tempat untuk menzahirkan perbincangan, bermuhasabah serta berkarya setelah 60 tahun pembinaan negara ini?” katanya yang juga pengarah komunikasi PKR di X.

Lee tidak menghuraikan lanjut tetapi turut memuat naik petikan berita Malaysiakini bahawa pengarah dan penerbit filem itu akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan “melukakan perasaan agama orang lain”.

Lee Chean Chung

Mentega Terbang menceritakan seorang remaja 15 tahun bernama Aishah yang mempunyai persoalan tentang kehidupan selepas kematian, termasuk menyentuh konsep kelahiran semula.

Antara babak kontroversi apabila Aishah meminta untuk merasa pau babi dan bapanya memberi kebebasan kepadanya untuk memilih agama.

Filem sepanjang 1 jam 45 minit itu mencetuskan kontroversi selepas disiarkan di platform penstriman VIU pada 2021.

Ia diarahkan oleh pengarah filem Indie Khairi Anwar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Meng Kheng Entertainment.

Pada September tahun lalu, Kementerian Dalam Negeri mewartakan perintah larangan terhadap filem tersebut bawah Akta Penapisan Filem 2002.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS