Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Putera Mateen nikahi cucu penasihat Sultan Brunei
Diterbitkan:  Jan 11, 2024 4:43 PM
Dikemaskini: 8:43 AM

Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat diijabkabulkan dengan akad nikah sekali lafaz hari ini.

Majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan dan turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja.

Dayang Anisha menerima mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).

Majlis Istiadat Akad Nikah Putera Mateen, 32 dengan pasanganya Dayang Anisha Rosnah, 29 berlangsung di dalam masjid berkubah emas, Masjid Omar Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan.

Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu dijadual berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.

Putera Mateen merupakan anakanda ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah bersama Datin Paduka Seri Mariam Abdul Aziz.

Sultan Hassanal Bolkiah ialah raja yang paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia ini.

Dayang Anisha pula cucu kepada Pehin Datuk Isa, yang merupakan penasihat khas kepada Sultan Brunei.

Putera Mateen yang mengenakan busana tradisonal putih dengan bertatahkan berlian serta bertengkolok dipandu ke ke masjid dengan kereta mewah.

Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari.

Mempelai pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari.

Ramai rakyat Brunei merancang untuk berbaris di jalan raya untuk menyaksikan perarakan pada 14 Jan, apabila pasangan itu akan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS