Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hamdan Senario meninggal dunia
Diterbitkan:  Jan 5, 2024 2:13 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Anggota Senario Hamdan Ramly meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru kira-kira 12.50 tengah hari tadi.

Berita pemergian pelawak itu disahkan oleh anak bongsunya, Nur Natasya Umairah.

Pada 1 Januari lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan di hospital berkenaan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah.

Nur Natasya berkata bapanya dibawa ke hospital kerana mengalami cirit-birit sejak sehari sebelumnya.

Hamdan, 54, dirawat akibat jangkitan dalam darah selepas cirit-birit dan sukar bernafas.

Namun, keadaan jantungnya terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

Allahyarham berada di Johor Bahru bersama anggota Senario yang lain untuk menjayakan acara Wonderful Night with Senariounion sempena ambang tahun baru.

Jenazah dimaklumkan akan dibawa ke Ipoh, Perak untuk urusan pengebumian.

Untuk rekod, 31 Disember lalu juga merupakan ulang tahun ke-27 kumpulan Senario.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS