Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pelakon ‘Parasite’ Lee Sun-kyun disyaki bunuh diri
Diterbitkan:  Dec 27, 2023 12:31 PM
Dikemaskini: 4:32 AM

Pelakon filem yang memenangi Oscar, Parasite, Lee Sun-kyun semalam ditemui mati, dipercayai membunuh diri.

Ia berlaku ketika siasatan berhubung kes salah guna dadah ke atasnya sedang berjalan, menurut Yonhap.

Polis mengesahkan lelaki 40-an itu ditemui tidak sedarkan diri di tempat parkir kereta di Seoul, Korea Selatan pada jam 10.30 pagi dan identitinya kemudian dikenal pasti sebagai aktor berkenaan.

Polis sebelum itu menerima laporan bahawa Lee meninggalkan catatan seakan-akan nota bunuh diri.

Sebelum ini, Lee menjalani tiga kali sesi soal siasat selepas disyaki menggunakan ganja dan dadah lain di rumah seorang pelayan bar mewah di Gangnam, Seoul sejak awal tahun ini termasuk 23 Disember lalu.

Bagaimanapun, pelakon itu mendakwa wanita terbabit memperdayakannya untuk mengambil dadah itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS