Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pengerusi Finas cadang Pendatang ditayang di sekolah
Diterbitkan:  Dec 25, 2023 11:21 AM
Dikemaskini: 3:21 AM

Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Kamil Othman berpandangan bahawa filem indie 'Pendatang' perlu ditayangkan di sekolah.

Menurutnya, filem berkenaan dapat menggalakkan perbincangan yang bermakna.

“(Pendatang) harus ditayangkan di sekolah untuk mengundang perbincangan, dan membongkar persepsi dan prasangka yang mendalam.

“Langkah-langkah kecil menuju destinasi yang diingini,” tulisnya di X semalam.

‘Pendatang’ ialah thriller dystopian yang berlatarkan Malaysia versi fiksyen apabila kaum yang berbeza tidak dibenarkan bergaul, dengan kuat kuasa undang-undang zalim.

Kisah bermula apabila sebuah keluarga Cina berpindah ke rumah baru mereka dan mendapati seorang gadis Melayu bersembunyi di situ, meletakkan mereka dalam masalah moral sama ada untuk mengusir dan membahayakannya, atau membahayakan diri mereka sendiri dan menyeludupnya kembali ke kawasan "Melayu".

Filem ini ditayangkan di Youtube, pendekatan yang sengaja diambil untuk mengelakkan kebimbangan mengenai penapisan filem.

Ditanya mengenai perkara ini, dan sama ada tayangan filem itu akan mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF), Kamil berkata ia tidak mustahil.

"Saya tidak boleh bercakap bagi pihak LPF tetapi melihat filem itu secara objektif, beberapa kelonggaran mungkin boleh dilakukan," katanya sebagai menjawab pengguna lain di X.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS