Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Incubus kembali gegar pentas Malaysia untuk Jelajah Asia 2024
Diterbitkan:  Dec 7, 2023 8:22 AM
Dikemaskini: 1:31 AM

Tahun 2024 bakal menjadi tahun penuh nostalgik buat peminat setia rock era 1990-an dengan kembalinya Incubus ke Malaysia untuk Asia Tour 2024 di Mega Star Arena KL pada 27 April 2024 nanti.

Ditubuhkan pada tahun 1991, persahabatan anggota band itu terjalin sejak di bangku sekolah menengah mengukir warisan mereka dalam dunia muzik dengan mempamerkan kebolehan dalam mencampurkan pelbagai genre seperti metal, funk, dan hip-hop dengan lancar.

Kini, Incubus dikenali sebagai kumpulan antarabangsa yang mencapai kejayaan luar biasa dengan lebih dari 23 juta album terjual di seluruh dunia dan dianugerahkan pengiktirafan multi-platinum dan platinum accolades.

Sokongan peminat setia yang merindui Incubus lebih dua dekad untuk melihat band mereka beraksi semula di atas pentas konsert menjadi faktor utama untuk kumpulan dianggotai vokalis, Brandon Boyd; gitaris, Mike Einziger; dram, José Pasillas, pemain keyboard, Chris Kilmore; dan basis, Ben Kenney kembali mengadakan konsert jelajah pada tahun 2024.

Rohit Rampal, CEO dan Pengasas Hitman Solutions berkata, mereka bertungkus-lumus memuaskan hati peminat muzik rock tempatan dengan membawa band seperti Incubus ke negara ini.

Menurutnya, permintaan untuk band itu kembali ke Malaysia begitu ketara, terutamanya ketika melihat keterujaan terhadap konsert mereka di negara-negara jiran.

Justeru, Hitman Solutions bakal membawa Incubus ke Kuala Lumpur untuk memberikan pengalaman hiburan seni yang terbaik terutamanya terhadap peminat muzik ‘rock’ tempatan dan antarabangsa.

“Sebagai peminat rock sendiri, saya sangat teruja untuk mengumumkan usaha konsert ini dengan salah sebuah kumpulan rock antarabangsa yang paling berjaya sepanjang zaman iaitu Incubus, untuk persembahan mereka di Malaysia dalam jelajah Asia 2024.

“Incubus terkenal melalui lagu seperti Drive, Wish You Were Here, dan kegemaran peribadi saya, Pardon Me.

“Pada masa yang akan datang, nikmatilah lagu-lagu hebat Incubus dalam kereta anda atau bila-bila masa melalui Fly FM dan Hot FM, Rakan Radio Rasmi kami,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS