Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Jovian dedah sudah bercerai dengan Nina Ismail Sabri
Diterbitkan:  Dec 5, 2023 8:42 PM
Dikemaskini: 3:49 PM

Pereka fesyen Jovian Mandagie hari ini mendedahkan rumah tangga yang didirikan hampir 10 tahun dengan anak bekas perdana menteri kesembilan Ismail Sabri, Nina Sabrina tidak dapat diselamatkan.

Jovian yang sepatutnya meraikan ulang tahun perkahwinan kesepuluh pada 11 Disember ini berkata, dia dan Nina sudah berpisah sejak Ogos lalu.

“Ada perkahwinan yang istimewa dan tercipta seumur hidup tapi perkahwinan kami berkembang kadi persahabatan seumur hidup

“Pada Ogos kami bersama bersetuju menamatkan perkahwinan kami yang berusia 10 tahun kerana kami percaya itu yang terbaik,” katanya di media sosial.

Malah kata Jovian, 37, keputusan itu dibuat secara baik demi satu-satunya anak mereka, Jeanelle Nika yang berusia enam tahun.

Menurutnya, walaupun perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan, hubungan mereka tetap diteruskan dengan persahabatan.

“Kami dapati sebagai sahabat dan ibu bapa Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang berbeza yang harus kami hargai.

“Memandangkan kebahagian Jeanelle adalah keutamaan, kami sudah lakukan yang terbaik alhamdulillah.

“Rasa kasih sayang kami kepada ibu bapa dan keluarga tak pernah berubah kami percaya Allah sebaik-baik perancang,” katanya.

Menurutnya lagi, apa dipaparkan dalam media sosial sejak empat bulan lalu adalah perkara yang nyata.

“Sementara berita ini tidak dijangka, percayalah kami dalam keadaan yang baik.

“Apa juga anda saksikan di media sosial kami sejak empat bulan lalu adalah perkara nyata.

“Kami tak mungkin akan membenci satu sama lain memandangkan kami pernah berkongsi hidup selama hampir sedekad,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS