Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
UM ketengah isu kesihatan mental melalui teater
Diterbitkan:  Dec 4, 2023 7:01 PM
Dikemaskini: 11:01 AM

Universiti Malaya (UM) mengetengahkan isu kesihatan mental pasca-Covid19 menggunakan pentas teater.

Ia dipentaskan di UM di Kuala Lumpur baru-baru ini dalam menjayakan Hari Kesihatan Mental Sedunia dan Bulan Kaunseling Kebangsaan peringkat universiti. 

Teater bertajuk “Kenapa kau bayang waktu” arahan Harith Amirrul, itu menyorot kisah-kisah masyarakat sebelum, semasa, dan selepas pandemik yang melanda dunia sejak 2020 melalui tiga watak utama. 

Menurut kenyataan universiti, teater itu antaranya menyentuh kisah Ali, seorang pelajar cemerlang, yang tidak mampu menyesuaikan diri dengan kaedah pembelajaran atas talian.

Anggota produksi teater

Selain itu, terdapat juga kisah, Mardiah, seorang isteri yang dibuang kerja dan berdepan masalah rumah tangga. 

Selain itu, terdapat juga kisah tentang Nasir, pengusaha gerai makan separuh usia yang berdepan kemerosotan perniagaan dan kehilangan isteri.

“Karya ini sangat dekat di hati saya, dan saya berusaha sedaya mungkin bagi mencerminkan perjuangan yang dihadapi oleh ramai orang semasa pandemik Covid-19. 

“Ada antara baris skrip yang digunakan telah diolah berkali-kali demi menggambarkan perasaan mereka yang benar-benar terkesan dengan wabak ini sehingga ke hari ini,” kata pengarahnya.

Dalam persembahan ini, penonton juga diajak bersama-sama mengangkat bendera putih sambil menyeru “Kita Jaga Kita”.

Ia diinspirasikan oleh gerakan  bendera putih semasa pandemik bagi membantu pihak terkesan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS