Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert Hrithik Roshan di KL batal
Diterbitkan:  Dec 4, 2023 12:18 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Bintang Bollywood Hrithik Roshan sepatutnya menjadi tarikan utama untuk konsert Stars on Fire Kuala Lumpur Live Live in Concert.

Bagaimanapun acara itu dibatalkan.

Hrithik mengumumkan pembatalan itu di Instagram reel, bersama permohonan maaf daripada penganjur–Yess Boss Group, Dembi Productions, and Heart-Art Production.

“Kepada rakyat Malaysia yang dihormati, saya sebenarnya tak sabar untuk bersama anda pada konsert jelajah Stars on Fire.

“Namun, hajat itu tak kesampaian memandangkan cabaran semasa dan atas rasa hormat yang mendalam terhadap kesejahteraan Malaysia, kami buat keputusan untuk batalkan jelajah ini.

“Doa kami semua untuk anda,” katanya.

Selain Hrithik, konsert itu membariskan artis hebat lain seperti Malaika Aurora, Kanika Kapoor, Sanya Malhotra, Vaani Kapoor, Prabhu Deva, Aastha Gill, Maarshi dan Bharti.

Pada masa sama, pihak penganjur turut mengulangi komitmen untuk memulangkan semula pembayaran kepada pemegang tiket.

Kaunter jualan tiket konsert lagu dan tarian ikonik Bollywood itu dibuka pada Oktober lalu.

Pada 27 Nov lalu, penganjur mengumumkan persembahan itu cuma ditangguhkan.

Seminggu sebelum penangguhan itu, anggota parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman daripada PAS menggesa kerajaan membatalkan konsert itu dengan alasan ia tidak sensitif terhadap konflik di Gaza.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS