Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
BCL sah isteri Tiko Aryawardhana
Diterbitkan:  Dec 2, 2023 5:57 PM
Dikemaskini: 9:57 AM

Penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Cinta Lestari (BCL) kini sah menjadi isteri Tiko Pradipta Aryawardhana dalam satu majlis bertemakan adat resam jawa di Resort Amankila di Bali hari ini.

Momen indah pasangan itu diijabkabulkan depan jurunikah tular di media sosial.

Selain itu, BCL dan Tiko turut menunjukkan cincin pernikahan di jari manis masing-masing usai pernikahan melalui klip video berkenaan.

Dalam majlis berkenaan, pasangan suami isteri itu mengenakan pakaian adat jawa berona putih.

Untuk rekod, ini adalah perkahwinan kedua buat BCL, 40, dan Tiko, 43.

BCL sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat sakit jantung.

Tiko, yang merupakan bapa kepada tiga orang anak bercerai pada 2021 dan rakan satu kampus BCL.

Melalui video tersebut, adik Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Aishah turut dilihat membetulkan layah dipakai BCL.

Bapa arwah turut dilihat hadir pada majlis berkenaan.

Para hadirin yang terdiri daripada anggota keluarga juga mengenakan tema sedondon berwarna rose gold pada acara tersebut.

Perkongsian itu dibanjiri komen netizen yang antaranya menitipkan ucapan tahniah kepada BCL dan Tiko.

“Semoga berbahagia Bungaku sayang,” kata pengguna akaun @mdmza7i.

Terdahulu, tempat penginapan percutian itu dilaporkam media tempatan dikawal ketat.

Media Indonesia turut dilaporkan berkampung depan resort mewah itu sejak petang semalam, namun, dihalang mendekati laluan masuk utama pusat peranginan yang terletak berhampiran kaki Gunung Agung itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS