Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Selepas mendirikan rumah tangga, penyanyi Nabila Razali berasakan dirinya semakin dihormati golongan lelaki.

Kata Nabila, jika dulu dia sering disapa dengan panggilan ‘cumi-cumi’ saja oleh peminat lelaki, kini tidak lagi.

“Jika dulu sebelum berkahwin, setiap kali mereka melihat saya, mesti akan panggil cumi-cumi berserta isyarat tangan.

“Tapi selepas berkahwin, mereka tak lagi memanggil saya begitu sebaliknya menunjukkan rasa hormat apabila menegur,” kongsinya.

Untuk rekod, ‘cumi-cumi’ merupakan sebahagian daripada lirik terdapat dalam lagu Nabila, 31, yang berjudul Pematah Hati.

Jika di Indonesia ‘cumi-cumi’ bermaksud sotong namun dalam lirik tersebut ia merupakan singkatan kepada perkataan ‘cuba misscall’.

Nabila berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaru berjudul Hanya Kamu dan kolaborasi tudung jenama Nada di sebuah kompleks beli-belah di Kuala Lumpur hari ini.

Nabila dan suaminya Nir Iruwan berkahwin pada 18 November lalu dalam majlis yang bertemakan tradisi Jawa.

Pada masa sama, Nabila secara berseloroh berkata, disebabkan baru beberapa hari berkahwin, dia tidak menyedari dirinya sudah bertukar status.

Justeru, apabila ada peminat yang memanggilnya dengan gelaran puan, dia mudah berasa janggal.

Katanya, kejadian itu berlaku sewaktu dia membuat persembahan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang baru-baru ini.

“Apabila ada orang panggil saya Puan Nabila, saya berasa terkejut.

“Saya kemudian bertanya kenapa dia memanggil saya dengan gelaran sebegitu.

“Individu itu kemudian bertanya: Awak baru berkahwin kan? Barulah saya tersedar bahawa kini sudah beralih status sebagai isteri orang,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS