Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Babak telefilem komedi M'sia dicilok jadi propaganda Israel
Diterbitkan:  Nov 23, 2023 4:20 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Sebuah adegan dari telefilem komedi Malaysia - yang menyatakan sokongan secara jelas terhadap Palestin - digunakan oleh individu pro-Israel untuk menuduh Hamas kononnya menyebarkan propaganda palsu.

Adegan itu yang menunjukkan seorang lelaki terlantar di atas katil hospital, digunakan pihak terbabit untuk menuduh Hamas memalsukan jumlah korban dalam pengeboman Israel.

Kekeliruan itu bagaimanapun dijelaskan sendiri oleh pengarah dan penulis skrip telefilem tersebut, Al Jafree Md Yusop.

Kata Al Jafree, imej berkenaan sebenarnya adalah sedutan daripada telefilem sempena hari raya berjudul Laksa Di Ambang Wati yang dihasilkanya pada 2018.

“Ia adalah komedi tidak masuk akal atau surreal mengenai kehidupan di Pulau Pinang, Malaysia dan langsung tiada kaitan dengan konflik di Gaza.

“Malah lelaki yang berada dalam adegan tersebut adalah pelakon dari negara ini yang menggunakan nama pentas, Tapai Gegarlawak,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas wartawan Israel, Hanoch Daum berkongsi di Instagram Stories adegan dari telefilem berkenaan yang didakwanya rakaman dari sebuah hospital di Gaza.

Kapsyen tertera merupakan mesej yang ditujukan kepadanya oleh seorang pengikut menyatakan bahawa peralatan perubatan itu dipasang secara salah pada pesakit, sekali gus membawa kejadian berkenaan direka-reka oleh Hamas.

Adegan parodi itu sebenarnya jelas menunjukkan pesakit dengan topeng oksigen dipasang pada telinganya, penderia ECG pada dahi dan pipinya dan oksimeter pada hidungnya.

Tapai Gegarlawak kemudian tidak semena-mena dianggap sebagai warga Gaza kerana mempunyai janggut yang lebat.

Untuk rekod, itu bukan kali pertama kandungan dihasillkan dari negara ini disalahgunakan untuk menyebarkan maklumat palsu untuk menguntungkan Israel.

Sebelum ini, sebuah klip video memaparkan pembelajaran kelas di masjid Pahang menjadi tular dalam kalangan alam siber pro-Israel dan mendakwa kononnya penduduk Palestin memalsukan jumlah kematian.

Walhal, ia sebenarnya adalah sebuah kelas kursus mengendalikan jenazah.

Untuk mengajar pelajar berkenaan bagaimana proses mengkafankan mayat, beberapa pelajar digunakan sebagai model.

Dalam salah satu klip, "sekujur tubuh berselimut" tiba-tiba mengelipkan matanya pada kamera terlebih dulu dimuat naik di TikTok sebagai bahan jenaka.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS