Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Seni & Hiburan
Konsert Coldplay: Mufti Wilayah hanya beri pandangan, bukan fatwa - KKD

Penganjur konsert kumpulan muzik Coldplay memberi jaminan bahawa kumpulan dari British itu akan mematuhi garis panduan dan perkara-perkara yang ditetapkan Agensi Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kumpulan itu juga akan mematuhi peraturan dan undang-undang berkuat kuasa di Malaysia.

"Berhubung dengan perkara yang diutarakan oleh Mufti Wilayah Persekutuan berkaitan penganjuran konsert tersebut, ia hanyalah pandangan dan bukannya fatwa.

"Sehubungan itu, konsert “Coldplay: Music of the Spheres World Tour” akan diteruskan hari ini di Stadium Nasional Bukit Jalil," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa PUSPAL juga telah meluluskan permohonan persembahan konsert berkenaan pada 13 Okt lepas.

Sebelum ini, beberapa pihak menggesa konsert itu dibatalkan bagi menghormati situasi semasa di Gaza, Palestin selain bimbang insiden tidak senonoh yang dilakukan kumpulan pop rock, dikenali sebagai The 1975 pada Julai lepas, mungkin berulang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS