Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Program solidariti penggiat seni dengan penduduk Palestin Colours for Gaza berjaya meraih RM70,000 hasil jualan lukisan sepanjang minggu ini.

Menurut penganjur dan juga pengarah Galeri Puteh Mohd Nizam Rahmat, jumlah itu hasil daripada jualan 27 buah lukisan sepanjang kempen.

Dalam siaran akhbar, Mohd Nizam juga berkata hasil jualan akan disalurkan melalui Yayasan Raja Zarith Sofiah di Johor.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat pembeli yang belum melunaskan pembayaran.

Nizam berkata, galeri tidak menetapkan sasaran jualan namun bersyukur dengan kutipannya setakat ini.

Antara hasil seni yang berjaya dijual ialah lukisan Ahmad Fuad Osman (atas) yang bernilai RM20,000.

Karya-karya lain terjual ialah Nightcall Poethic (karya Raden Hisbullah), Sesuci Kasturi (Hidayat Arshad) dan Unforgettable Sweetness (Amy Nazira).


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS