Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Kalau dah tak suka, cakap saja - Noorkhiriah
Diterbitkan:  Nov 3, 2023 6:27 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Pelakon Noorkhiriah memohon supaya tiada pihak bermain tarik tali berkaitan tawaran kerja, sebaliknya meminta mereka berterus-terang dan bersikap jujur kepadanya meskipun hal itu menyakitkan.

Noorkhiriah meluahkan kekecewaannya susulan kemungkinan ada segelintir pihak melihat dia kini sudah tidak relevan dalam industri seni.

“Itulah kehidupan. Allah itu Maha Baik. Maka pada kita yang bergelar manusia perlu juga baik. Andai tak suka, jujur saja walaupun jujur itu sakit.

“Cakap saja; Noorkhiriah, awak dah tak relevan dalam industri. Jangan main tarik tali,” katanya melalui satu hantaran Instagram hari ini.

Noorkhiriah, 44, turut menitipkan pesanan buat anak muda yang memasang impian untuk bergelar anak seni.

Kata Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Skrin 2010 itu, mereka sewajarnya memikirkan perkara itu semasak-masaknya jika ingin menceburi bidang itu.

“Boleh, tapi fikir masak-masak kerana pengakhiran anak seni ini tak semanis yang disangka.

“Melainkan anda lahir atas duit dan masuk industri ini sekadar angin lalu saja dah meletup selepas itu 'chow'.

“Saya sendiri tak menyangka kehidupan anak seni macam ini. Sangka saya tiada pahit, kelat masin dan maung,” katanya.

Menurut pelakon Duri Di Hati itu, anugerah yang diterima juga tidak menjamin seseorang pelakon atau artis tersebut boleh kekal dalam industri seni.

“Walaupun ini bukan zaman saya lagi, tapi… takkan tak ada ruang walau sebesar biji sawi buat saya? Saya tahu, saya berehat agak lama, adalah rezeki manja-manja.

“Tenang kembali. Selepas itu fikir balik. Dah namanya manusia kan. Anugerah? Tidak menjamin adanya kerja. Kadang-kadang tiada kerja,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS