Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anwar hulur sumbangan buat Ibnor Riza, Fauziah
Diterbitkan:  Nov 2, 2023 10:06 PM
Dikemaskini: 2:06 PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim terus cakna terhadap isu-isu yang menghimpit warga seni.

Hari ini, setiausaha politiknya, Ahmad Farhan Fauzi, menziarahi seniman veteran Ibnor Riza serta seniwati Fauziah Abdul Samad yang berdepan dengan ujian hidup.

“Mendapat khabar dukacita bahawa seniman dan seniwati tanah air, saudara Ibnor Riza dan saudari Fauziah Samad dilanda musibah kesihatan," kata Anwar, “Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya bagi membantu urusan perubatan masing-masing."

Untuk rekod, Ibnor Riza diuji dengan masalah kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis hingga terpaksa berkerusi roda.

Anwar pada masa sama mendoakan agar kedua-duanya tabah dalam menempuhi dugaan.

“Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS