Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Bintang sitcom Friends ditemui kaku dalam jakuzi
Diterbitkan:  Oct 29, 2023 12:31 PM
Dikemaskini: 4:31 AM

Pelakon dan pelawak Matthew Perry yang popular melalui sitkom Friends meninggal dunia petang Sabtu pada usia 54 tahun, lapor United Press International (UPI) yang memetik beberapa sumber berita.

TMZ melaporkan pelakon itu mengalami masalah salah guna bahan khayal untuk tempoh agak lama.

Dia dilaporkan ditemui maut selepas disyaki lemas di dalam jakuzi di sebuah rumah di Pacific Palisades, California.

Bagaimanapun tiada dadah ditemui di tempat kejadian.

Menurut Los Angeles Times, tiada unsur jenayah dikesan dalam kematian pelakon itu.

Access Hollywood and People.com menghubungi pengurus Perry untuk ulasan tetapi belum menerima apa-apa lagi respon.

Friends disiarkan dari 1994 hingga 2004. Ia turut menampilkan Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt LeBlanc dan David Schwimmer.

- Bernama/UPI


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS