Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tiger Stripes: Tiada yang sensitif sangat - Pengarah Finas

Filem 'Tiger Stripes' tidak mengandungi adegan yang tidak sesuai untuk tontonan rakyat Malaysia meskipun versi asalnya yang memenangi anugerah sebelum ini belum menjalani tapisan.

Ini berdasarkan pandangan peribadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Kamil Othman, yang telah menonton kandungan asal filem berkenaan.

Filem tersebut memenangi Hadiah Utama Minggu Pengkritik Cannes pada Mei lalu.

Menurutnya, Tiger Stripes memaparkan situasi biasa yang dilalui seseorang gadis ketika mencapai akil baligh.

“Bagi saya, sebagai seorang yang kini bergelar warga emas, mempunyai seorang anak perempuan dan adik-beradik perempuan, apabila saya menonton filem itu ia hanya memaparkan situasi kehidupan yang saya lalui semasa kecil.

"Saya rasa tidak ada yang sensitif, tak ada sangat. Kerana benda ini memang berlaku (dalam kehidupan sebenar), bukan fiksyen.

“Macam lelaki, dah lepas umur 15 tahun rasa perubahan (fizikal) badan, untuk saya tak ada yang luar biasa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Malaysiakini menghubungi Kamil untuk mendapatkan komen mengenai isu dibangkitkan pengarah Tiger Stripes yang mendakwa Lembaga Penapisan Filem (LPF) telah melakukan banyak tapisan untuk tayangan filem itu di Malaysia.

Kamil bagaimanapun berkata pandangannya adalah pendapat peribadi dan tidak mencerminkan dasar Finas.

Mengakui dia belum menonton kandungan filem yang sudah ditapis, Kamil berkata sesetengah penonton mungkin menganggap adegan tertentu dalam filem itu sebagai 'tak manis'.

Ia termasuk adegan menunjukkan beberapa titik darah menitis di lantai ketika watak utama filem itu sedang mandi, yang menurutnya menunjukkan simbolik seorang gadis yang mengalami haid pertama.

Satu lagi adegan, katanya, menunjukkan watak bertukar menjadi harimau yang disifatkan Kamil sebagai metafora.

“Mungkin untuk mengekspresikan pengalaman yang dilalui oleh watak-watak, (mungkin ada bahagian) yang ramai setuju, ada yang tak setuju.

“Sebagai ayah dan datuk sebab saya juga ada cucu perempuan, saya rasa memang tak ada la sangat (adegan berlebihan).

“Cuma saya tak pasti mungkin orang lain tengok dari angle-angle lain.

“Jadi kalau nak tengok cerita yang penuh tu pun tak ada yang boleh saya anggap ada adegan-adegan tak sesuai dengan pandangan kita,” tambahnya.

Mengulas kekecewaan pengarah filem itu yang mengatakan banyak adegan filem berkenaan dipotong sehingga kehilangan plot atau jalan ceritanya, Kamil berkata LPF hanya mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Menurut pengerusi Finas itu, penerbit filem wajar mendapatkan nasihat daripada lembaga penapisan sebelum memulakan produksi dan bukannya selepas karya mereka dihasilkan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS