Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Sara Daewoo trauma diintai kru produksi
Diterbitkan:  Oct 19, 2023 11:59 AM
Dikemaskini: 3:59 AM

“Saya berasa malu, marah, sakit hati dan sedih atas kejadian yang berlaku kerana ia membabitkan kes gangguan seksual,” kata pelakon baru, Sara Daewoo.

Sara berkata demikian ketika diminta mengulas kes gangguan seksual membabitkan kru produksi yang mengintainya ketika sedang mandi di lokasi penggambaran filem genre seram Cerana Biduk Bu Merah arahan Haizul Anafer Ali pada 2018.

Menurut Sara yang melakonkan watak Sofia dalam filem itu, berkata pada mulanya, pelaku terbabit tidak mengaku kesalahannya dan pura-pura mengerjakan solat.

“Selepas telefon bimbitnya dirampas, tiada sebarang rakaman ditemui dan ia nampak seolah-olah masih baru.

“Namun, selepas video ditemui dalam telefon bimbitnya itu, saya mendapati ada sebanyak lima video saya sedang mandi yang dirakamkan pelaku terbabit,” katanya.

Sara berkata, dia juga berasa terkejut kerana video itu dirakamkan pelaku terbabit tiga atau empat hari sebelum kejadian itu.

Menurutnya, dia memang tidak perasan kewujudan video terbabit tetapi Allah SWT yang membantunya untuk ‘kantoikan’ pelaku.

“Satu dari video itu, nampak dari bahagian atas sampai bawah kerana pelaku masukkan telefon bimbit dalam plastik beras yang diletak dalam bilik mandi di inap desa itu.

“Video yang keempat, si pelaku dapat rakamkan saya juga dari atas ke bawah kerana saya sudah nak habis mandi ketika itu.

“Saya juga tidak sedap hati dan berasa seperti ada orang mengintai setiap kali masuk tandas tapi tidak pasti siapa,” katanya.

Sebelum ini, Pekin mendakwa dia berasa hilang sabar dan bertindak membelasah kru produksi kerana melakukan perkara tidak senonoh apabila mengintai pelakon wanita dalam filem itu

Pekin menyedari perkara itu selepas dimaklumkan mangsa iaitu Sara kepada rakannya.

Filem genre seram Cerana Biduk Bu Merah terbitan Goldhill Pictures itu sudah ditayangkan di pawagam tanah air bermula 12 Oktober lalu.

Selain Pekin dan Sara, filem itu turut dibintangi Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi.

Mengulas kejadian itu lagi, kata Sara, ia juga memberi kesan pada mentalnya hingga tidak mahu berjumpa orang.

“Kejadian itu berlaku pada waktu petang dan saya sepatutnya masih ada babak lagi dalam filem itu pada sebelah malamnya

“Pada waktu itu, saya berasa tidak mahu meneruskan babak lakonan ataupun berjumpa orang.

“Saya terus masuk bilik dan menangis kerana berasa malu apabila semua pelakon dan kru mengetahui kewujudan video tidak bermoral terbabit.

“Pekin terpaksa datang pujuk dan beri semangat pada saya ketika itu,” katanya.

Menurut Sara lagi, dia juga sudah membuat laporan di balai polis berhubung kejadian gangguan seksual itu.

“Pihak polis minta saya tinggalkan telefon bimbit sebagai bahan bukti jika mahu teruskan kes di mahkamah ketika itu.

“Tapi saya pula bimbang jika video dalam telefon bimbit itu tersebar dan akan menjadi isu kerana saya juga seorang pelakon,” katanya mengenai insiden yang meninggalkan trauma itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS