Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Khilaf dan salah dua perkara berbeza, kata Sabri Yunus
Diterbitkan:  Oct 17, 2023 10:53 AM
Dikemaskini: 2:54 AM

Pengarah dan pelakon Sabri Yunus tampil bersuara selepas ada pendakwah yang mendakwa pernikahannya dengan pelakon, Angeline Tan, baru-baru ini adalah tidak sah dan mendakwa pasangan itu akan berzina.

Dalam catatan di Facebook dia menyatakan rasa sedih apabila lafaz qabul yang diungkapkan turut menjadi perdebatan pendakwah berkenaan sekali gus mengundang persepsi negatif.

"Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina. Ia satu tuduhan berat.

"Dalam video yang sama dikatanya lafaz qabul yang mengelirukan. Siapa yang keliru? Dalam majlis (pernikahan) itu hanya perlu dua saksi walaupun hampir 25 orang yang hadir. Saksi dua orang tak keliru dan 25 tetamu pun sama.

"Orang di luar atau jauh dan tidak bersama dalam majlis tidak ada isu dalam penyaksian majlis itu. Dia dengar atau tidak, faham atau tidak bukan isu pengesahan. Soal pandangan mazhab dah jelas ada khilaf dan setujunya. Saya tak fikir ada orang tak faham abila qabul jawab saya setuju. Tak mungkin ada orang akan fikir setuju pada hal lain selain dari setuju hal nikah.

"Yang kata dia keliru itu adalah orang yang sangat lemah pemikirannya atau yang sengaja melemahkan fikirannya. Pada yang sengaja melemahkan fikiran, dia adalah selemah-lemah manusia," katanya dalam hantaran, malam tadi.

Terdahulu, seorang pendakwah dalam satu ceramahnya baru-baru ini mendakwa pasangan yang dinikahkan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali Dr Maza itu tidak memenuhi akad ijab dan qabul yang sepatutnya.

Sabri mendedahkan pendakwah itu dilaporkan tidak sehaluan dengan Mohd Asri sehingga wujud perselisihan pendapat termasuk dalam perkara itu.

Menurutnya, dia secara peribadi sedar apa akan berlaku pada sesetengah pihak bila dia membuat keputusan untuk bernikah di Perlis dan memohon untuk diakadkan oleh mufti sendiri. 

"Saya ada sebab tersendiri memilih Perlis. Akan tetapi saya tidak menyangka isu lain, isu yang saya tak terbayang pun oleh akal fikir saya.

“Seorang ustaz dengan jelas dan terang mengata (menuduh) pernikahan kami tidak sah dan terus membuat kesimpulan kami akan berzina.

“Berat tuduhan itu, juga dalam video yang sama dikatanya qabul yang mengelirukan, siapa yang keliru?” soalnya.

Sabri yang popular dengan siri Pok Ya Cong Codey itu berkata, dia baca banyak lagi pandangan ulama lain berhubung isu tersebut.

Katanya, ternyata berbeza dgn pandangan pendakwah berkenaan.

"Jangan letak hukum atas dasar rasa kebencian semata-mata. Agamawan tidak harus bersikap begitu. Tidak terselit keikhlasannya. Jujurlah, antara tidak sah dengan tidak sempurna dua perkara berbeza. Sedangkan yang kita rasa tak sempurna itu sempurna pula pada yang lain.

"Khilaf dan salah dua perkara berbeza. Kalau sama kenapa ada dua sebutan. Saya tidaklah orang agamawan yang mendalami akan hukum hakam tetapi tidaklah terlalu jahil sehingga tidak tahu apa-apa. Saya juga tahu memilih, memilih bermakna tidak borong semua dari satu bakul," jelasnya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS