Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan

Edisi keempat program pencarian bakat seni suara K2K Idol terus menyasarkan matlamat memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA).

Penaung K2K Idol, Shahridan Faiez berkata, program yang dijalankan itu memberi banyak impak positif kepada penghuni PPR dan PPA.

“Program K2K Idol sudah pun mencapai siri keempat dan kami begitu teruja melihat sambutan luar biasa dari penduduk kerana objektif program mewujudkan semangat kekitaan, memupuk semangat kejiranan dan kesepakatan yang dapat dilihat sebagaimana hari ini,” katanya kepada Malaysiakini.

K2K yang merupakan akronim dari slogan ‘Kita Untuk Kita’ dimulakan sejak tahun 2020 pada awal pandemik. Keadaan ketika itu juga memaksa rakyat negara ini berkurung di rumah.

Dalam kerangka besar, K2K juga melibatkan pelbagai aktiviti lain seperti aktiviti sukan, seminar pembangunan diri, kebun komuniti manakala K2K idol pula khusus kepada pertandingan seni suara yang diadakan melalui talian ketika itu.

Dari kiri, Shahridan Faiez dan Pengarah Urusan Think City, Hamdan Abdul Majeed

Siri keempat K2K idol dilaksanakan dengan format mentor dan protege untuk setiap PPR dan PPA. Mereka bakal melatih peserta secara langsung bermula dari sesi uji bakat hingga ke final.

Pemenang bagi setiap kawasan pula akan berentap pada siri Grand Final yang bakal diadakan pada skala konsert. Setiap mentor dan protege bakal bergabung membuat persembahan bersaing di antara PPR dan PPA yang terlibat.

Daripada 10 penempatan tersenarai, empat daripadanya sudah memulakan program berkenaan iaitu PA Seri Selangor (mentor Andy Flop Poppy), PA Seri Sarawak (mentor Haiza), PA Hang Tuah (Mentor Noorshiela Amin) PA seri Kota (Mentor Yuletta Yucha).

Beberapa artis lain seperti Lan Kristal, Alim Kris, Zur Eda, Ezlynn bakal terlibat di PPR Taman Mulia, PPR Lembah Subang, PA Seri Sabah, PPR Desa Tun Razak, PPR Seri Cempaka dan PPR Kg Baru Hicom.

Penyanyi hip-hop tanah air popular, Aman RA yang terkenal dengan lagu Budak Flat dilantik sebagai ikon program berkenaan.

Digerakkan oleh Think City dengan sokongan Persatuan Karyawan Malaysia dan kerjasama persatuan penduduk setempat, K2K Idol menunjukkan penyertaan tinggi dari segi purata 70 hingga 90 peserta menyertai setiap saringan yang diadakan dan perkara yang paling mengujakan ialah rata-ratanya berbakat besar dan mampu menyanyi dengan begitu baik serta mempunyai potensi luar biasa.

Juara bagi setiap kawasan bakal menerima hadiah wang tunai juara berjumlah RM1,000 manakala pada peringkat Grand Final pula peserta kayak membawa pulang wang besar berjumoh ialah RM 10,000 serta pelbagai insentif menarik.

Menurut Shahridan lagi, K2K Idol menyaksikan elemen perpaduan tanpa mengira latar belakang usia, warna kulit mahupun ideologi polotik yang diyakini boleh memacu Malaysia ke arah lebih positif.

“Inilah elemen yang negara amat perlukan kini,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS