Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pemilik restoran sangkal dakwaan Ekin caj makanan mahal
Diterbitkan:  Oct 4, 2023 9:41 PM
Dikemaskini: Oct 5, 2023 3:31 AM

Pemilik kedai makan yang dituduh mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut bagi kira-kira 20 anggota keluarga seorang selebriti tampil membuat penjelasan hari ini.

Melalui klip video dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan memperincikan setiap harga dikenakan terhadap Ekin Rahmat - yang juga isteri pengarah dan pelakon Mawi - apabila menjamu juadah di restoran berkenaan pada 30 September lalu.

“Saya pemilik gerai nombor 14, tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada waktu petang mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor saja tapi sebenarnya total adalah enam hidang,” kata wanita berkenaan.

Melalui video berkenaan, wanita terbabit memaparkan bil tertera mengandungi menu makanan laut yang dipesan Ekin serta keluarganya seperti pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam cili dan siput gonggong.

Sebelum ini, Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat memuat naik hantaran di media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,260 yang disifatkannya cekik darah oleh pemilik sebuah kedai makanan laut di Johor Bahru.

Katanya, sebagai anak jati Johor yang biasa menikmati makanan di sekitar tempat sama dia tidak pernah dikenakan harga yang tidak berpatutan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS