Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
IG dengan 5 juta pengikut digantung, Che Ta minta bantuan orang ramai

Aktres dan ahli perniagaan, Rozita Che Wan atau Che Ta masih berharap untuk mendapatkan semula akaun Instagram (IG) yang digantung pengendali laman sosial itu sejak 15 September lalu.

Justeru, dia merayu individu yang mempunyai kaedah mendapatkan semula akaun tersebut untuk menghubunginya dengan kadar segera.

“Tak mampu bayangkan jika akaun IG itu lesap begitu saja. Hingga kini IG saya sudah mempunyai  5.2 juta pengikut.

“Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun IG itu akan saya peroleh semula. Jadi, jika ada pihak yang boleh bantu dapatkan semula akaun IG itu, saya amat hargai.

“Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke akaun IG anak, suami atau teman rapat saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Che Ta berkata, @rozitachewan1 digantung atas alasan melakukan aktiviti agresif selain tidak mengikuti garis panduan komuniti.

Menurut Che Ta, sejak akaun IG digantung, dia sudah banyak kali membuat rayuan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun belum berhasil,” katanya.

Menurut Che Ta, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

“Selama ini dengan IG jugalah saya menjana pendapatan dan beroleh rezeki menjual produk keluaran sendiri. Saya juga melakukan ulasan  promosi produk di platform sama.

“Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementara waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS