Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Farid, Diana ‘rujuk’ 31 Ogos lalu
Diterbitkan:  Sep 18, 2023 1:52 PM
Dikemaskini: 5:52 AM

Farid Kamil mengaku sudah kembali ‘rujuk’ dengan Diana Danielle pada 31 Ogos lalu.

Pendedahan dibuat pengarah dan pelakon itu dalam sebuah program hiburan yang disiarkan semalam.

“Alhamdulillah saya dan isteri kembali rujuk pada pada 31 Ogos 2023,” ujar Farid.

Diana dan Farid atau Farid Kamil Zahri, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu. 

Pada 21 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberikan hak penjagaan penuh dua anak mereka kepada Diana.

Menurut bintang Anwar: The Untold Story itu, pengalaman lalu telah mematangkan mereka.

Kata Farid, kesepakatan untuk rujuk semula adalah kerana agama.

“Pengalaman lalu telah mematangkan kami. Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah.

“Pokoknya adalah agama. Saya sebagai suami boleh membimbing isteri dan isteri saya harus dapat menguatkan ilmu agama supaya dapat membimbing anak-anak,” katanya.

Sementara itu, memetik Harian Metro, peguam syarie yang mewakili Diana, Akberdin Abdul Kader berkata, Farid dan Diana tetap perlu ke Mahkamah Syariah untuk mengesahkan proses rujuk semula itu.

“Diana ada beritahu saya dia mahu berbaik semula dengan Farid. Tapi setakat ini, dia tak beritahu pasal rujuk semula itu.

“Kalau sudah rujuk, mereka tetap perlu ke mahkamah syariah untuk disahkan dan barulah sijil rujuk akan dikeluarkan.

“Jika tidak ke Mahkamah Syariah, pihak berkuasa tidak iktiraf rujuk pasangan itu,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS