Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Ibu Adi Putra meninggal dunia
Diterbitkan:  Sep 15, 2023 3:40 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Pelakon Adi Putra hari ini berkongsi khabar duka apaila ibunya, Noor Banoo Khan Mohd, meninggal dunia kira-kira jam 11.15 pagi tadi.

Bagaimanapun, Adi tidak memperincikan punca pemergian allahyarham ibunya itu.

“Dukacita saya ingin maklumkan, bahawa bonda saya Noor Banoo Khan Mohd telah pulang ke Rahmatullah jam 11.15 pagi,” katanya.

Pemilik nama penuh Mohamed Hadi Putera Halim itu turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesihatan ibunya sejak wanita terbabit dimasukkan ke hospital.

Pelakon Anak Halal itu memberitahu jenazah ibunya akan dikebumikan di Pusara Aman Singapura selepas solat Asar.

Dua hari lalu, Adi yang berada di Mekah memberitahu, dia dimaklumkan mengenai kesihatan ibunya yang semakin merosot.

Justeru, dia memohon doa orang ramai agar urusan prosedur membabitkan jantung ibunya berjalan lancar.

“Hampir dua bulan di Tanah Suci di Arab Saudi, mendapat panggilan kritikal dari Singapura tentang keadaan ibu saya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS