Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Fasha Sandha mohon maaf aksi peluk suami undang kecaman
Diterbitkan:  Sep 15, 2023 7:45 AM
Dikemaskini: 11:45 PM

Selepas aksi mesra berpelukan dengan suami dalam kolam mengundang kritikan, pelakon Fasha Sandha tampil bersuara memohon maaf.

Katanya, dia menerima setiap kecaman mahupun teguran dengan hati yang terbuka kerana dengan wujudnya situasi itu bermaksud masih ada yang sayang kepada mereka.

“Kalian yang memuji terima kasih. Yang mengeji pun terima kasih.

“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tak suka saya berpelukan dengan suami saya.

“Doakan yang baik-baik semoga yang baik-baik juga jadi pada kalian. Saya sayang kamu waima haters, orang tegur, kecam, pui,” katanya di media sosial malam tadi.

Menurut Fasha, apa yang dilakukan dengan Aidil Aziz adalah sebahagian daripada tugasnya sebagai selebriti.

Katanya, dia masih perlu makan gaji kerana bukan berpangkat majikan.

“Saya bertugas, saya masih makan gaji, saya bukan bos dan saya masih kuli.

“Saya hanya menjalankan tugas dan komitmen,” katanya lagi.

Terdahulu, aksi mesra Fasha, 39, bersama Aidil mengundang rasa kurang senang pengguna media sosial.

Dalam rakaman video dikongsi itu, Fasha bersama suaminya dilihat beraksi mesra sambil berpelukan dan melagakan hidung masing-masing.

Menggunakan latar belakangkan lagu So This Is Love nyanyian Ilene Woods, Fasha menerusi kapsyen memberitahu Aidil merupakan individu yang paling dicintai buat selama-lamanya.

Pada masa sama Fasha berkata, dia bersyukur sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga dengan Aidil.

Menurutnya, perkahwinan itu hanya suatu pinjaman justeru dia mendoakan agar ia berkekalan.

“Pejam celik dah enam tahun kami bersama, syukur. Apa pun ya perkahwinan pinjaman daripada Yang Maha Esa.

“Kita pun tak tahu berapa lama pinjaman ini cuma mendoakan ia sampai ke akhir hayat,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS