Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Abby Abadi janji jawab tuduhan anak jadi ‘penyondol’
Diterbitkan:  Sep 8, 2023 1:58 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Ketika industri hiburan dikejutkan dengan isu anak pasangan selebriti didakwa menjadi wanita perampas suami orang atau ‘penyondol’, bekas anggota Elite, Abby Abadi tampil bersuara.

Kata pelakon dan usahawan itu, dia akan tampil memberi penjelasan berhubung isu terbabit yang dikaitkan dengan anak perempuannya, Marissa Dania Hakim, 18, yang tular melalui platform X.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan pada masa sama memberi ruang kepada netizen untuk terus berpolemik mengenai isu tersebut sebelum memberi jawapan bagi merungkai segala tuduhan.

“Tentang isu tular ini, tak apa, sila komen-komen dahulu. Cari pahala ya. Nanti saya jawab.

“Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menuding jari pada orang,” tulisnya melalui Insta Story miliknya hari ini.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang wanita mendakwa gadis berusia 18 tahun yang juga anak kepada pasangan selebriti menjadi penyebab keruntuhan perkahwinannya.

Menggunakan platform X semalam, wanita terbabit meluahkan perasaan dengan mendakwa gadis berkenaan yang juga seorang pempengaruh berimej Muslimah adalah penyondol rumah tangganya yang dibina selama tiga tahun.

Lebih memburukkan keadaan, wanita itu turut menampilkan bukti resit yang mendakwa gadis berkenaan kantoi check-in bersama bekas suaminya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Abby dan bekas suaminya, Norman Hakim.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS