Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Pertemuan 2 bekas penghuni penjara tarik perhatian
Diterbitkan:  Sep 6, 2023 4:40 PM
Dikemaskini: 8:40 AM

Perkongsian kapsyen pengasas kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani yang mengiringi imejnya bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim di media sosial mencuri perhatian ramai.

Kata Ahmad Dhani, dia dan Anwar pernah melalui pengalaman sama iaitu hidup di sebalik tirai besi.

“Sama-sama pernah dipenjara,” katanya.

Kapsyen ditulis Ahmad Dhani itu menarik perhatian pengikut daripada Malaysia dan juga Indonesia, yang rata-rata terhibur dengan perkongsian tersebut.

Dua figura itu dipertemukan dalam acara Temu Anwar yang diadakan di Jakarta, Indonesia semalam sempena Sidang kemuncak Asean ke-43 yang diadakan di negara itu.

Temu Anwar adalah program dialog perdana menteri bersama anak muda dan buat julung kali diadakan di luar negara.

Lebih menghiburkan apabila penyanyi Noh Salleh bergurau dengan mencadangkan agar kedua-dua tokoh itu diberikan nama kumpulan The Cellmate.

“Nama band The Cellmate,” tulisnya.

Sejumlah netizen menyifatkan Ahmad Dhani dan Anwar mempunyai persamaan kerana pernah dipenjarakan akibat politik namun bangkit semula dan menjadi individu yang lebih hebat.

“Ahmad Dhani dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sama orang hebat yang pernah dipenjarakan tetapi kini bangkit kembali,” kata seorang pengguna Instagram.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS