Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Garis panduan konsert di universiti belum diluluskan - menteri
Diterbitkan:  Sep 1, 2023 12:20 PM
Dikemaskini: 5:45 AM

Garis panduan baru untuk acara konsert di universiti belum diluluskan, kata Menteri Pengajian Tinggi Mohamed Khaled Nordin.

“Belum diluluskan,” katanya ringkas kepada Malaysiakini.

Malaysiakini sedang menunggu butiran lanjut daripada Khaled berkaitan garis panduan itu dan statusnya.

Malam tadi, China Press melaporkan berkaitan garis panduan itu yang mengundang kritikan kerana didakwa mengekang hak dan autonomi mahasiswa untuk menganjurkan acara hiburan.

Garis panduan itu antaranya didakwa memperkenalkan kod pakaian, yang melarang pakaian memaparkan logo Illuminati, lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan simbol-simbol lucah serta rambut punk.

Artis juga dilarang memakai pakaian berbeza jantina, termasuk anting-anting, gelang dan seluar pendek.

Tempat duduk lelaki dan perempuan juga mesti dipisahkan, termasuk kawasan khas untuk penonton yang datang dengan anggota keluarga.

Peraturan lain termasuk:

  • Penganjur perlu melakukan semakan latar belakang artis bagi memastikan mereka tidak terlibat dalam sebarang kontroversi.

  • Penganjur mesti memastikan lagu dipersembahkan tidak mengandungi lirik atau genre yang menyentuh isu-isu sensitif.

  • Mosh pits”, tempat orang ramai melompat dan berjoget yang biasa dilihat dalam konsert rock, dilarang sama sekali. 

  • Artis dilarang membawa penonton naik ke pentas.

  • Artis lelaki dikehendaki mengikat rambut panjang dan semua pembuat persembahan dilarang memakai pakaian mencolok mata.

  • Penari dilarang membuat sentuhan fizikal atau terlibat dalam tarian “provokatif”.

China Press melaporkan garis panduan itu diterima oleh institusi pendidikan pada 30 Ogos.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS