Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Anju mahu lelaki 'poket tebal' sebab serik tanggung biawak hidup
Diterbitkan:  Aug 30, 2023 8:29 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui dia lebih menggemari lelaki yang mempunyai “poket tebal” sebagai calon suami berbanding sebaliknya kerana enggan menanggung biawak hidup.

Kata Zarina Anjoulie atau Anju, dia sudah puas hidup dengan lelaki yang tidak menghargai dirinya justeru enggan pengalaman buruk itu berulang kembali.

“Kalau cakap fasal poket tebal (kaya), ya memang saya nak keluar dengan lelaki poket tebal. Saya tak nak keluar dengan lelaki miskin.

"Saya dah puas hidup dengan lelaki yang konon akan bersusah senang bersama-sama,” katanya.

Menurut Zarina, tidak ramai lelaki yang boleh setia dengan pasangan mereka sebaik sajak kehidupan bertukar menjadi senang-lenang.

“Tengoklah perangai lelaki apabila ada duit. Berapa ramai antara mereka yang tak cari perempuan seksi lain kerana nak setia dengan kamu?” katanya dalam hantaran video di Instagramnya hari ini.

Walaupun mungkin ramai tidak bersetuju dengan pendirian itu, Zarina tetap berharap pendiriannya itu dihormati.

“Kalau kamu nak keluar dengan lelaki tak berduit, itu masalah kamu dan saya respek pilihan itu.

“Kenapa kamu nak bersusah payah dengan jantan (lelaki) yang akhirnya tak akan hargai kamu pun.

“Jadi, respek juga pilihan saya jika nak keluar dengan lelaki yang berduit saja,” katanya.

Justeru, menurut Zarina, sekiranya jodoh dia dengan bekas tunang, Khazrul Elzey masih kuat masih kuat, dia menerimanya dengan hati terbuka.

“Kalau ada jodoh, ada, kalau tiada, tiadalah. Jika dia Mr Right dan juga orangnya, saya tak tahu. Jodoh itu di tangan Allah.

“Mungkin kali ini juga kami akan stop semula. Mungkin kali ini juga kami OK. Itu saya tak tahu.

“Jadi, saya sangat hargai keprihatinan anda,” katanya.

Terdahulu Zarina dan Khazrul pernah mengikat tali pertunangan dan berkongsi hal itu di media sosial pada 22 Januari lalu.

Bagaimanapun hubungan itu tidak bertahan lama apabila Zarina mengumumkan sudah putus tunang selepas dua minggu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS