Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Nabila Huda tanya Nad Zainal: Siapa ni, pelakon ke?
Diterbitkan:  Aug 23, 2023 5:01 PM
Dikemaskini: 9:01 AM

Komen Nabila Huda pada ruang komen akaun Instagram hiburan yang memaparkan luahan Nad Zainal mengenai isu bermasam muka dengan segelintir rakan industri hari ini seolah-olah memberi bayangan tersirat mengenai apa yang berlaku.

Nabila dan Nad diketahui umum merupakan rakan rapat sebelum hubungan mereka itu dikatakan menjadi renggang secara tiba-tiba.

Tindakan Nabila yang mempersoalkan "siapa" Nad pada ruang komen itu dilihat ibarat sindiran pedas yang dilemparkan terhadap aktres terbabit.

“Maaf tanya. Siapa ini? Pelakon ke,” soal Nabila.

Nad yang ditemu bual sebelum itu menjawab dia enggan mengambil pusing isu yang terpalit dengannya.

Bagi Nad, dia sebaliknya ingin memberi fokus kepada kehidupan berumah tangga yang baru dibina.

“Saya tak ada nak bermasam-masam muka. Kita masing-masing dah dewasa.

“Saya nak uruskan kehidupan saya. Dan untuk peminat yang beria-ia mendoakan walaupun saya sudah sihat walafiat, itu yang saya nak fokus.

“Untuk yang rasa macam saya hilang dari radar, saya tak nak fikir. Siapa ada, ada; tak ada - sudah,” katanya dalam wawancara bersama officialhlive.

Nad Zainal

Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas aktres berkenaan pulih daripada masalah kesihatan membimbangkan dan kemudian berkahwin kali kedua.

Nad dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri akibat jangkitan kuman pada paru-paru pada Nov tahun lalu.

Susulan keadaannya tahap kesihatannya itu, rakan artis dan peminat melancarkan Tabung Kecemasan Nad Zainal bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan di hospital.

Selepas pulih, Nad kemudian mendirikan rumah tangga dengan Ungku Ismail pada 23 Januari lalu. Pasangan itu sedang menanti cahaya mata.

Terdahulu, pengacara dan pelakon Sherry Alhadad juga tampil menjawab soal isu bermasam muka dengan Nad, 33.

Katanya, hubungan dengan pelakon Bukan Bidadari itu tidak akan terlerai walau apa pun yang berlaku.

Menurut Sherry, Nad sudah dianggap seperti adik kandung sendiri.

“Tak akan terputus (persahabatan), sebab saya kenal dia sejak dia 17 tahun. Pada saya, tali silaturrahim itu masih ada.

“Saya juga anggap kami masih berkawan dan anggap dia seperti adik selain pernah jadi guru dia dulu,” katanya yang kali terakhir menghubungi aktres terbabit sebelum dia berkahwin.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS