Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Farid: Kita rancang tapi ketetapan pada yang Maha Kuasa
Diterbitkan:  Aug 10, 2023 8:56 PM
Dikemaskini: 1:19 PM

“Kita boleh rancang, boleh usaha,(tapi) ketetapan tetap pada yang punya Kuasa,” luah Farid Kamil selepas menceraikan Diana Danielle dengan talak satu hari ini.

Kata-kata itu dikongsikan pelakon dan penerbit berkenaan di Instagram.

Pelakon Anwar: The Untold Story itu turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat,” katanya.

Farid mengiringi hantaran itu dengan klip video memaparkan dia menyertai jemaah tabligh.

Farid, 42, menceraikan Diana melalui aplikasi Google Meet yang dilangsungkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam hari ini.

Prosiding itu dibuat secara dalam talian kerana Farid tidak dapat hadir ke mahkamah ekoran masalah kesihatan.

Diana memfailkan permohonan cerai terhadap Farid pada 10 Mac lalu atas alasan tiada lagi persefahaman antara mereka, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut biarpun mereka tidak lagi tinggal serumah.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 Nov 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Pada ruangan komen, adik Farid, Fadzil Zahari, turut menitipkan kata-kata semangat buat abangnya itu.

“Semoga Allah mempermudahkan urusan hang (kamu),” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS