Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Muse main lagu Resistance ada kaitan dengan LGBT?
Diterbitkan:  Aug 2, 2023 12:10 PM
Dikemaskini: 4:12 AM

Band rock Inggeris dan pemenang beberapa kali Grammy Muse menjelaskan kenapa mereka tidak mendendangkan sebuah lagu popular daripada album terbaru dalam persembahan di Kuala Lumpur, Sabtu lepas.

“Kami pilih main lagu Resistance berbanding WAFF (We are F***ing F***ed) di Malaysia.

“Mesej yang lebih penting berikutan situasi semasa✌🏼❤️🏳️‍🌈💪🏼," tulis pemain dram Dominic Howard di Instagram.

Tulisan itu turut memuatkan bendera pelangi yang menjadi simbol perjuangan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Tindakan itu mungkin berkaitan dengan kontroversi melibatkan band pop-rock British The 1975

yang menyaksikan aksi ciuman sejenis di atas pentas yang menyebabkan persembahan seterusnya dibatalkan dan mereka disenarai hitam.

Dalam lima persembahan di Eropah sebelum ini, Muse menyanyikan kedua-dua lagu Resistance dan WAFF.

Tidak pasti sama ada pengguguran lagu WAFF dibuat susulan syarat Jawatankuasa Permohonan Penggambaran Filem Asing dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS