Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Hafidz Roshdi syukur dah cerai, Shuhada anggap beban diangkat
Diterbitkan:  Jul 27, 2023 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Pelakon Hafidz Roshdi bersyukur selepas sah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukur, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam hari ini.

Katanya, dia menerima keputusan mahkamah dengan hati terbuka malah lega kerana kes itu juga diselesaikan secara baik.

Pada masa sama dia menghargai semua pihak yang menghormati privasinya.

“Alhamdulillah saya lega perkara ini diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan.

"Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dan gembira dengan dengan keputusan hari ini ,” katanya dipetik Kosmo! Online.

Nurul Shuhada pula - yang tidak dapat menahan air mata daripada tumpah - turut lega kerana beban yang ditanggung selama ini sudah berakhir.

“Alhamdulillah, saya rasa seperti Allah sudah mengangkat satu beban dari hati saya.

“Saya akan lebih bersemangat bergelar ibu tunggal kerana tidak lagi bergantung kepada orang lain. Hanya diri sendiri dan Allah,” katanya.

Sementara itu, peguam mewakili Hafidz, Akberdin Abd Kadir, berkata mahkamah hanya menerima satu lafaz cerai saja iaitu yang dibuat melalui panggilan telefon bertarikh 22 Feb lalu.

“Dakwaan sebelah pihak lagi yang mendakwa lafaz cerai menerusi WhatsApp pada 20 Jan tidak diterima oleh mahkamah.

“Maka perceraian adalah talak satu bertarikh 22 Feb 2023,” jelasnya.

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan pengesahan lafaz cerai hari ini di hadapan hakim syarie, Siti Rahmah Hussin.

Sebelum ini, peguam syarie mewakili Hafidz, Ummi Kartini Abd Latiff, berkata terdapat lafaz cerai dibuat oleh Hafidz di luar mahkamah dan ia didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Nurul Shuhada mendakwa suaminya melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp pada 20 Jan.

Hafidz turut dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing kali kedua 22 Feb lalu.

Untuk rekod, Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Feb.

Hasil perkongsian hidup mereka sebalum ini, pasangan terbabit dikurniakan dua cahaya iaitu Humairah, 6; dan Umar, 2.

Kemelut rumah tangga mereka didakwa berpunca daripada gangguan pihak ketiga.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS