Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Uyaina: 'Sayang, kandungan tak lama...'
Diterbitkan:  Jul 24, 2023 1:58 PM
Dikemaskini: 5:58 AM

Impian pengacara dan pelakon Uyaina Arshad untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila dia mengalami keguguran anak kedua sekitar Mei lalu.

Uyaina berkata, dia reda dengan segala ketentuan Tuhan walaupun belum rezekinya untuk melahirkan anak sekali lagi.

“Alhamdullilah. Allah beri rezeki untuk mengandung buat kali kedua. Gembira, tak boleh diungkap dengan kata-kata, syukur.

“Tapi sayang… Kandungan tak lama. Uyaina keguguran. Walaupun sekejap. Tapi tetap Alhamdulillah syukur sebab Allah sempat pinjamkan kebahagiaan itu,” katanya.

Uyaina dan penyanyi Raja Syahiran mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raja Urhan.

Uyaina, 30, turut menitipkan penghargaan dan kesyukuran sempena ulang tahun kelahiran suaminya.

“Hari ini ialah ulang tahun kelahiran suamiku, saya bersyukur kerana melalui perjalanan (rumah tangga) ini dengan awak.

“Terima kasih sebab sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk saya dan Urhan.

“Semoga Allah kurniakan kita rezeki, saling menyayangi dan berkasih sayang hingga ke syurga,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS