Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa harap Abdullah Abbas terpilih jadi da'i sebar dakwah
Diterbitkan:  Jul 18, 2023 6:22 PM
Dikemaskini: 10:22 AM

Pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa, berkongsi sebab mengapa nama Abdullah Abbas menjadi pilihan untuk dia dan suaminya buat anak mereka yang baru lahir.

Dakwanya, Abdullah Abbas adalah antara nama yang paling disukai Allah.

Justeru, Neelofa berharap agar Abdullah Abbas membesar menjadi da'i dalam menyampaikan dakwah.

“Nabi Muhammad SAW sendiri pernah doakannya dan berkat doa, maka taawilan Ibnu Abbas - walaupun pada usianya yang muda - ternyata sangat sangat fakih (bijak).

“Jadi harapan Umi dan abah adalah supaya Abdullah Abbas ini juga dipilih Allah menjadi da'i yang akan menyampaikan dakwah seluruh alam.

“Bahagia seorang ayah dan ibu atas kurniaan ini hanya Allah saja yang tahu,” katanya.

Neelofa dan Haris Ismail - atau PU Riz - menimang anak kedua yang dilahirkan secara normal pada 11 Julai lalu.

Selain Abdullah Abbas, pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 itu turut memiliki seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 18 bulan.

Neelofa pada masa sama berkongsi, pemilihan kedua-dua nama anaknya dibuat seiring dengan harapan agar mereka menjadi seorang pejuang agama.

Katanya, besar juga harapannya buat Bilal agar dia dapat menjadi seperti seorang Bilal Rabah.

“Jika dilihat akan nama Bilal, sudah semestinya tak dapat dipisahkan dengan keihklasan dan keberaniannya dalam agama hingga dalam kitab Siyar A‘lam al-Nubala’ disebut sebagai antara yang terawal diseksa kerana pertahankan aqidah, ahli badar dan antara ahli syurga yang dijanjikan Nabi SAW,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS