Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Neelofa, PU Riz timang anak kedua
Diterbitkan:  Jul 13, 2023 2:42 PM
Dikemaskini: 6:42 AM

Selebriti yang turut dikenali sebagai pengacara dan usahawan, Neelofa, selamat menimang anak kedua pada malam 11 Julai lalu di sebuah pusat perubatan yang tidak didedahkan.

Katanya, bayi lelaki terbabit berada dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillahi rabbilalamin, tanggal 11 Julai 2023 jam 10.45 malam menjadi hari yang penuh berkat dan rahmat bagi keluarga kami.

“Putera kedua tercinta kami menjengah dunia dalam keadaan sihat walafiat,” katanya.

Neelofa baru berkongsi berita gembira itu buat peminat dalam satu hantaran di Instagram Story hari ini.

Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz atau Haris Ismail pada 27 Mac 2021.

Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan anak sulung, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Jan tahun lalu.

Neelofa dan PU Riz berharap anak yang dilahirkan itu bakal membawa keberkatan bagi keluarga mereka.

“Semoga kehadirannya selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.

“Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Amin.

“Dan semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS