Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Penyanyi Budak Baru Nak Up, isteri bercerai talak satu

Penyanyi rap yang popular melalui Budak Baru Nak Up dan Mamasita, Mad Rizal, melafazkan cerai kepada Nurfazilah Mohd Ali di luar mahkamah dan lafaz tersebut disahkan oleh hakim syarie Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Maryam Jameelah Ali Sabri.

Mad Rizal yang juga pengusaha sebuah jenama pomade terkenal itu berkata penceraian berkenaan tidak dapat dielakkan walaupun hampir setahun mereka cuba menyelesaikan kemelut yang berlaku.

“Kami dah cuba sedaya upaya pertahankan rumah tangga yang dibina dengan berbaik dan berdamai tapi tak OK juga.

“Siapa yang tak kecewa dan nak rumah tangga dibina hancur sekelip mata,” katanya.

Bagaimanapun, jelas Mad Rizal atau nama penuhnya Mohamad Rizal Shah Abdul Jayalani, 29, konflik bukan berpunca daripada orang ketiga.

“Saya tegaskan bukan sebab mana-mana individu lain tapi sebab memang tiada persefahaman antara kami,” katanya.

Dia hadir bersama ibunya, Nyak Zuraida Nyak Ibrahim, manakala Nurfazilah pula ditemani ibunya, Sabariah Sanusi.

Pasangan itu berkahwin pada 20 Mac 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata Leyla Shaqassandra, 17 bulan.

Mad Rizal yang juga anak didik Cat Farish mula terbabit dalam nyanyian pada 2015.

Berpakat urus perniagaan

Selain budak Baru Nak Up, dia juga popular dengan beberapa lagu lain seperti Sembang, Potong Tang Corner, Celup dan Besar Kepala.

Sementara itu, Nurfazilah berkata, tidak timbul isu perebutan hak penjagaan anak kerana dia memberi izin kepada bekas suami untuk bertemu anak mereka pada bila-bila masa.

Namun, hak penjagaan akan difailkan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penceraian.

“Saya tak ada masalah jika Mad nak datang ambil anak dan luangkan masa bersama dia setakat ini.

“Bayaran idah untuk saya pun dipersetujui bersama, kami tak failkan apa-apa,” katanya.

Berkenaan harta sepencarian seperti perniagaan pomade yang diusahakan bersama, kata Nurfazilah pembahagian cawangan diselesaikan secara baik.

“Kami dah berbincang secara baik. Kami tak kacau bahagian masing-masing kerana saya urusakn cawagan di Seremban dan Melaka manakala Mad yang lain seluruh Malaysia,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS