Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Coco Lee meninggal dunia kerana kemurungan
Diterbitkan:  Jul 6, 2023 12:01 PM
Dikemaskini: 4:01 AM

Penyanyi pop AS berasal dari Hong Kong yang popular di Asia, Coco Lee disyaki bunuh diri, umum keluarganya.

Coco Lee berusia 48 tahun.

Dalam satu hantaran di Facebook, kakak mendiang, Carol dan Nancy Lee berkata, penyanyi dan penulis lirik itu mengalami kemurungan selama beberapa tahun.

Adik-beradik itu menjelaskan, kesihatan Coco semakin merudum sejak beberapa bulan lalu.

“Walaupun Coco mendapatkan bantuan pakar dan melakukan yang terbaik untuk melawan kemurungan, malangnya, syaitan lebih menguasai diri,” kata kenyataan itu.

Kata salah seorang daripada kakaknya, Coco - atau nama asalnya Ferren Lee - cuba bunuh diri minggu lalu. Dia dikejarkan ke hospital selepas ditemukan tidak sedarkan diri di kediamannya.

Mendiang bagaimanapun meninggal dunia selepas tiga hari koma.

Coco berpindah ke AS dan bersekolah di sana. Dia mula menempa nama di Asia sebagai penyanyi pop pada 1990-an hingga 2000.

Penyanyi itu juga menempa populariti selepas memenangi pertandingan I Am a Singer. Penyanyi itu juga pernah menyanyikan lagu tema filem Mulan dan Crouching Tiger Hidden Dragon.

Jika anda berasa tertekan atau ada kecenderungan bunuh diri, atau mengenali seseorang dalam keadaan seumpamanya, sila hubungi talian hotline berikut:

Talian Kasih
Talian Utama: 15999

The Befrienders
Hotline: 03-76272929

Pusat Kaunseling Agape Malaysia
Talian Penting: 03-77855955 atau 03-77810800

Persatuan Talian Hidup Malaysia
Hotline: 03-42657995

Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga menyediakan talian sokongan psiko-sosial untuk pekerja barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19.

Mereka boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, dari jam 8 pagi hingga 5 petang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS