Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
MK K-Clique diijabkabul dengan Siti Hajar
Diterbitkan:  Jun 16, 2023 11:50 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Dengan sekali lafaz, penyanyi rap, MK K-Clique, 26, sah bergelar suami kepada wanita pilihan, Siti Hajar syeikh Nordin, tepat pukul 9.30 pagi tadi.

Pasangan itu disatukan dalam majlis pernikahan serba indah yang berlangsung di Masjid Jami’l Huda, Kampung Melayu Ampang, Selangor.

MK atau nama sebenar, Muhammad Hairi Amin Hamdan dan Siti Hajar dinikahkan dengan Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Jami’l Huda, Mahdi Mat Zin dan berwalikan bapa pengantin perempuan, Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

Dalam majlis tersebut, MK, 26, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM302 kepada Siti Hajar dan seutas gelang tangan emas manakala wang hantaran dirahsiakan.

Penyanyi yang berasal dari Tawau, Sabah itu turut menyerahkan enam dulang hantaran berbalas enam dulang daripada pengantin perempuan.

Majlis dihadiri 100 tetamu yang terdiri dari ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan tersebut.

Terdahulu, tindakan MK memuat naik foto saiz pasportnya yang lengkap memakai songkok di media sosial mencetuskan spekulasi dia bakal mendirikan rumah tangga.

Bukan setakat itu, MK juga didakwa sudah bertunang dengan Siti Hajar selepas foto mereka berpakaian sedondon bersama keluarga dengan gadis itu menunjukkan cincin di jari, tular.

Selain itu, tular video dimuat naik pengguna aplikasi TikTok yang menunjukkan penyanyi rap itu menghadiri kursus kahwin bersama Siti Hajar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS