Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Mizz Nina, Essam tekad hidup bersama untuk dakwah
Diterbitkan:  Jun 16, 2023 10:28 AM
Dikemaskini: 9:36 AM

Berhasrat berkongsi hidup dan mendedikasikan kehidupan ke arah dakwah menjadi asbab penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina memilih untuk diijabkabulkan dengan Essam Muhammad.

Tanpa mendedahkan tarikh melangsungkan perkahwinan dengan penyanyi rap asal AS itu, Mizz Nina berkata, pernikahan itu mendapat restu ibu bapa selain berlangsung baru-baru ini dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Saya sudah bernikah pada suku kedua tahun 2023 dengan suami tercinta, Essam Muhammad dalam satu majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan teman rapat.

“Kami berdua mendedikasikan hidup untuk dakwah, kami berkongsi matlamat, aspirasi yang sama dan teruja untuk lembaran baru dalam hidup kami.

“Satu-satunya tujuan di sebalik semua usaha kami dalam kerja yang dilakukan adalah bermula daripada iman dan asasnya sentiasa kerana Allah,” katanya di Instagram.

Untuk rekod, Essam adalah seorang warganegara AS yang menetap di daerah Seattle dan berketurunan Maghribi.

Penyanyi rap itu juga aktif dalam aktiviti kemanusiaan.

Essam yang juga penulis lirik melancarkan kariernya pada 2016 dengan video berjudul West Is My Home

Pada masa sama, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman memaklumkan bakal mengadakan majlis resepsinya di ibu negara dalam masa terdekat.

“Insya-Allah, kami akan mengadakan majlis resepsi secara tertutup di Kuala Lumpur tidak lama lagi.

“Kami sentiasa memanjatkan rasa syukur kepada Allah, keluarga dan kawan rapat. Kami hargai, sokongan, kasih sayang dan doa yang diberikan,” katanya.

Selepas dihimpit kontroversi berpanjangan, pada Ogos tahun lalu, Nina mengejutkan ramai apabila mengesahkan dia sudah bercerai dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Nina dan Noh bernikah pada 2 Julai 2011 namun tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka mengumumkan kehadiran anak angkat lelaki yang diberi nama Musa sebagai penyeri pada Mac 2022.

Bekas suaminya itu juga dilaporkan sudah bertunang dengan seorang peguam pada 7 Mei lalu dan dijangka bakal mendirikan rumah tangga pada 23 September depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS