Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jocelyn sepatutnya cerdik sedikit, kata Harith Iskander
Diterbitkan:  Jun 8, 2023 1:50 PM
Dikemaskini: 5:51 AM

Sebagai pelawak Singapura, kata Harith Iskander Musa, sepatutnya Jocelyn Chia perlu “cerdik sedikit” semasa membuat persembahan dan bukannya bertindak melulu.

Kata Harith, menjadikan insiden malang membabitkan pesawat udara Malaysia, MH370, sebagai bahan jenaka memberi kesan yang besar kepada ramai orang.

“Saya tahu Jocelyn membuat persembahan komedi mungkin di sebuah kelab di AS, tapi sebagai warga Singapura dia sepatutnya lebih cerdik sedikit untuk tahu bahawa pada zaman media sosial ini, perkara yang membabitkan rakyat Malaysia dan MH370 akan tersebar di Internet dan memberi kesan lebih meluas,” katanya.

Penerima anugerah Funniest Person in the World pada 2016 itu menambah, memang benar Malaysia masih belum mencapai taraf negara maju.

Pun begitu, kata Harith, dari segi kebijaksanaan dan budi bahasa, Malaysia kekal unggul berbanding negara lain.

“Saya hanya ingin mengatakan satu perkara, Malaysia mungkin masih sebuah negara membangun tetapi apabila bercakap tentang kebaikan dan kebijaksanaan, kami pasti berada pada tempat pertama di dunia,” katanya.

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga meluahkan rasa kesalnya dengan insiden tersebut dan menasihatkan semua pihak agar menjadikan ia pengajaran.

“Saya mesti katakan bahawa menjadikan hiburan sebagai sesuatu yang buruk adalah tragedi.

“Apa-apa pun, jangan biarkan satu benih yang busuk memburukkan pandangan kita terhadap jiran kita (Singapura).

“Jadikan ia sebagai iktibar untuk tidak mengambil mudah terhadap musibah yang menimpa orang lain,” ciapnya di Twitter.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS