Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Uyaina tak kisah dikecam asalkan anak sihat
Diterbitkan:  May 29, 2023 4:41 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad mengakui tidak kisah walaupun ada segelintir pihak kurang menyenangi perkongsiannya mengenai masalah tongue-tie atau lidah pendek yang dialami anaknya, Raja Urhan.

Uyaina yang sering berkongsi pengalaman pertama kali menjadi ibu di media sosial itu berkata, apa yang penting anaknya sentiasa sihat.

“Apa pun orang cakap, saya tak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang,” katanya.

Jelas Uyaina, dia hanya melihat dari sudut positif apabila ramai kaum ibu yang turut sama berkongsi pengalaman masing-masing.

“Kita buat macam mana pun, ada saja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baru.

“Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.

“Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah,” katanya.

Uyaina berkata demikian selepas majlis pengumuman pelantikannya sebagai duta baru, Herbs Of Gold yang menampilkan pengacara itu sebagai selebriti tempatan pertama yang menerima pengiktirafan sedemikian.

Cuba sendiri produk

Sementara itu, bercakap mengenai pelantikannya sebagai duta berkenaan, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran itu tidak mengambil masa lama untuk bersetuju terutama selepas mencuba sendiri produk keluaran Australia itu.

Katanya, dia tidak akan mengambil sebarang tawaran menjadi duta itu sekiranya tidak pernah mencuba sendiri produk tersebut.

“Ia disebabkan saya seorang yang mementingkan gaya hidup dan amalan sihat.

“Pada masa sama, produk itu adalah satu jenama antarabangsa yang dipercayai dan terdapat di lebih 200 cawangan Caring Pharmachy seluruh dunia. Jadi, tiada sebab untuk saya tolak.

“Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktiraf,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS