Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Tina Turner meninggal dunia
Diterbitkan:  May 25, 2023 9:33 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Bintang legenda yang hits dengan lagu What’s Love Got to do With It meninggal dunia semalam di kediamannya di Kusnacht, berdekatan Zurich, Switzerland.

Mendiang meninggal dunia pada usia mencecah 83 tahun selepas lama berjuang melawan penyakit dideritainya.

Berita itu dimaklumkan pengurus Tina, Roger Davies dalam satu kenyataan kepada media.

“Tina adalah seorang individu yang unik dengan bakat dan tenaga luar biasa.

“Sejak pertama kali bertemu dengannya pada 1980, dia percaya pada diri sendiri sepenuhnya walaupun orang lain tidak pada ketika itu. Saya akan merinduinya selepas ini,” katanya dipetik BBC.

Tina mengalami beberapa masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk kanser, strok dan kegagalan buah pinggang.

Tina atau nama sebenarnya Anna Mae Bullock mencipta populariti melalui gandingan bersama bekas suami, mendiang Ike Turner pada 1960-an dengan lagu-lagu seperti Proud Mary dan River Deep, Mountain High.

Namun, penderaan dilakukan Ike meninggal kesan trauma kepada Tina. Antara sikap suka mengawal ditonjolkan Ike adalah bertindak menukar nama kelahiran penyanyi itu tanpa pengetahuannya.

Tina mengimbas kembali trauma yang dialaminya sepanjang hubungan mereka dalam memoir 2018, My Love Story, apabila dia menggambarkan seks dengan mendiang pemuzik itu sebagai “sejenis rogol.”

Selepas berjaya melarikan diri daripada penderanya, Tina membina semula kariernya dan menjadi antara bintang pop dan rock star popular pada 1980-an dan 1990-an dengan lagu-lagu hits seperti Let’s Stay Together, Private Dancer, I Don't Wanna Fight and It Takes Two, dan duet bersama Rod Stewart.

Turner meraih lapan anugerah Grammy pada era 1980-an.

Penyanyi itu menemui kebahagiaan melalui perkahwinannya yang kedua bersama eksekutif muzik German, Erwin Bac walaupun lelaki itu 16 tahun lebih muda. Pasangan itu berkahwin pada 2013.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS