Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Jual tiket harga tidak munasabah boleh dikenakan tindakan - KPDN
Diterbitkan:  May 18, 2023 4:34 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Kegiatan menjual semual tiket konsert siri jelajah Coldplay Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) dengan harga tidak munasabah boleh dikenakan tindakan undang-undang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Salahuddin Ayub.

Menurut Salahuddin, tindakan itu boleh diambil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599).

“Harga RM43,000 itu tidak munasabah. Saya rasa rakyat ini bijak.

“Jadi jangan beli daripada ‘ulat’… beli daripada ejen yang dah disahkan.

“Jika ada aduan rasmi, kita boleh nasihatkan pengguna dan kita juga ada Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) boleh gunakan (untuk ambil tindakan kepada penjual),” katanya seperti dipetik Sinar Harian.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kewujudan akaun-akaun di pelbagai platform yang menjual tiket konsert Coldplay namun ia didakwa dikendalikan oleh scammer.

Bukan setakat itu, tindakan menjual semula tiket konsert kumpulan terkenal dari Britain itu dengan harga mencecah hingga RM43,200 turut mengundang kecaman orang ramai.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah diarah untuk mengambil tindakan berkaitan iklan jualan semula tiket konsert Coldplay di media sosial.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS