Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Legenda rock Mael XPDC meninggal dunia
Diterbitkan:  Apr 27, 2023 11:22 PM
Dikemaskini: 3:23 PM

Penyanyi kumpulan rock tanah air, Mael XPDC dilaporkan meninggal dunia di Hospital Muar, malam ini.

Perkhabaran sedih itu dikongsikan oleh pengurus mereka, Yazid menerusi Facebook.

"Innalillahwainnailahirrajiun. Al-Fatihah penyanyi XPDC Syed Ismail Syed Ibrahim (Mael) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar jam 9 malam ini," tulisnya.

Harian Metro melaporkan punca kematian belum dapat dipastikan.

Sementara itu, salah seorang anggota kumpulan itu Zua ketika dihubungi Harian Metro memberitahu dia belum mendapat maklumat lanjut berhubung punca kematian.

Katanya lagi, Mael kebelakangan ini mengalami masalah semput yang agak kuat.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS