Paling Popular
Terkini
mk-logo
Seni & Hiburan
Abim mahu semarakkan wacana karya agung
Diterbitkan:  Apr 17, 2023 7:00 PM
Dikemaskini: 11:00 AM

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyambut baik saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mempopularkan karya-karya agung serta mengadakan wacana mengenainya.

“Ia menggambarkan kekayaan ilmiah, serta ketinggian kebudayaan dan ketamadunan yang telah dipupuk berdasarkan pembinaan bangsa sejak zaman berzaman.

“Kedua-dua karya agung ini merupakan sebahagian warisan yang membentuk jati diri bangsa,” kata Abim.

Anwar hari ini melancarkan dua buah karya agung iaitu Hikayat Iskandar Zulkarnain dan Sayr Salikin di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Menurut portal jendela DBP, karya Sayr Al-Salikin merupakan kitab yang merangkumi aspek ilmu, akidah, ibadah dan akhlak yang ditulis oleh ‘Abdul Samad al-Falimbani, ilmuwan dalam bidang tasawuf.

Hikayat Iskandar Zulkarnain pula mengisahkan tentang pemimpin agung silam dunia Iskandar Zulkarnain yang dikurniakan kepandaian dan kekuatan luar biasa. 

Abim mengatakan bahawa karya-karya tersebut amat penting untuk diketengahkan kepada masyarakat untuk dimanfaatkan orang ramai.

Abim juga berkata mereka berhasrat untuk menganjurkan wacana berkaitan karya-karya agung serta merapati generasi muda dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui DBP, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Yayasan Karyawan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS