Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Seni & Hiburan
Miliki ciri-ciri arwah Siti Sarah, Shuib nikah Watie, Jun ini
Diterbitkan:  Apr 13, 2023 3:39 PM
Dikemaskini: Apr 14, 2023 12:09 AM

Pelakon dan penyampai radio, Shuib berkata, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya Watie Hanifiah pada Jun ini.

Shuib berkata, persiapan untuk majlis bahagianya itu sudah siap sebanyak 30 peratus.

“Insya-Allah, majlis pernikahan dan persandingan kami akan berlangsung pada Jun ini. Setakat ini, dewan untuk majlis perkahwinan sudah ditempah.

“Majlis perkahwinan ini sederhana kerana ia perkahwinan kali kedua bagi saya tapi meriah kerana saya juga memikirkan ia kali pertama buat Watie.

“Apa yang penting, semua orang terutama keluarga kedua belah pihak gembira dengan perkahwinan ini,” katanya dipetik Harian Metro.

Shuib juga memaklumkan dia akan membawa wanita itu bertemu dan menyambut Aidilfitri dengan keluarga ibu tiri Allahyarham Siti Sarah iaitu Siti Fatimah Suberi atau Makde di Pendang, Kedah.

Shuib sebelum ini kehilangan isteri tercinta, Siti Sarah Raisuddin yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Dua hari sebelum itu, Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki yang merupakan anak keempat pasangan itu ketika menerima rawatan. 

Mengulas hubungan Watie dengan anak-anak, Shuib berkata, dia sudah bersedia untuk membina keluarga kerana memikirkan anak-anaknya yang memerlukan kasih sayang seorang ibu.

Malah katanya, Watie mempunyai ciri-ciri seperti arwah Siti Sarah.

“Arwah Sarah memang tiada gantinya tapi saya percaya, Watie boleh menjadi ibu yang baik untuk anak-anak kerana dia ada 20 peratus ciri-ciri seperti arwah.

“Selain itu, anak-anak sudah terlalu selesa dengannya dan paling penting, hubungan kami direstui keluarga kedua belah pihak terutama ibu saya, Salamiah Jalani,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS